PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAWATAN RASMI TUAN PENGARAH JAS SABAH KE KILANG KELAPA SAWIT TOUPOS SDN BHD

DOE Sabah 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN RASMI TUAN PENGARAH JAS SABAH KE KILANG KELAPA SAWIT TOUPOS SDN BHD
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?? LAWATAN RASMI TUAN PENGARAH JAS SABAH KE KILANG KELAPA SAWIT TOUPOS SDN BHD ?? ??? Tarikh : 26 Mei 2023 ? Masa : 11.30 hrs - 1345 hrs Wakil Premis : 1) En. Chan (Mill Controller) 2) En. Basri (Mill Manager) 3) En. Daniel (Mill Engineer) Wakil JAS : 1) Tuan Amirul Bin Aripin (Pengarah) 2) PP Joannes 3) PPKK Dick Jocksing 4) PJ Harif Kaplin 5) PJ Arnizam 6) PMD Awang China ?? MAKLUMAN/INTIPATI LAWATAN : ?? 1?? Tuan Pengarah mengingatkan semua wakil premis tentang kepentingan untuk mematuhi setiap syarat yang telah dinyatakan dalam syarat lesen yang telah ditetapkan oleh JAS 2?? Tuan Pengarah juga mengingatkan premis untuk memastikan keadaan alam sekitar di sekitar premis sentiasa terjaga terutamanya kawasan sungai yang merupakan sumber air dan makanan kepada penduduk kampung persekitaran. Kawasan operasi premis merupakan kawasan yang sensitif. 3?? Tuan Pengarah juga memperingatkan pihak premis untuk terus membuat sebarang penambahbaikan ke atas semua ketidakpatuhan yang telah dikenalpasti melalui siasatan pasukan pegawai penyiasat pada 25 Mei 2023. 4?? Pihak premis telah membuat pembentangan ringkas mengenai status pengoperasian buah mentah kelapa sawit dan juga loji kompos. 5?? Lawatan diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh Tuan Pengarah kepada pihak premis kerana bantuan semasa lawatan rasmi tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan