PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM GERAK RAHMAH 2023 JOM BERSIH & INDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM GERAK RAHMAH 2023 JOM BERSIH & INDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/06/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

24 Jun 2023, Kuala Langat - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dijemput untuk menyertai Program Gerak Rahmah Jom Bersih & Indah Peringkat Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Kuala Langat. Program yang bertujuan memupuk semangat perpaduan melalui penjagaan kesihatan dan penjagaan alam sekitar ini berlangsung dengan meriah di Pantai Kelanang, Kuala Langat. Pelbagai program telah diatur oleh pihak penganjur seperti Program Pembersihan Pantai, Pertandingan Karaoke Suka-Suka, Kuiz Alam Sekitar, Program Pengumpulan e-waste, Pameran Kesedaran Alam Sekitar dan cabutan bertuah. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Muhammad Heeza Bin Hassan, Pegawai Daerah Kuala Langat. JAS sentiasa memberikan sokongan terhadap apa jua program yang berkaitan terutamanya melibatkan masyarakat dalam memberi kesedaran tentang pentingnya mengekalkan kelestarian alam sekitar. #NRECC

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan