Penerangan
Shah Alam, 26 Jun 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Penyerahan Lesen PYDT Kilang Kelapa Sawit di Negeri Selangor bagi sesi 2022/2023 di Pejabat JAS Negeri Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Che Rohaida Binti Ngah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagain Pembangunan II, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Sejumlah tiga belas (13) buah PYDT KKS di Negeri Selangor telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Selain daripada penyerahan lesen, taklimat berkaitan lesen dan sesi soal jawab bersama pihak premis turut diadakan. Premis juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen dan peraturan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.