Penerangan
Kajang, 25 Jun 2023 - Persatuan Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC), dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan TM Enviro Industries Sdn Bhd. telah menganjurkan program Jom Lupus E-Waste di Balai Raya Kampung Sg. Tangkas, Kajang.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dan masyarakat tentang kepentingan pelupusan E-Waste yang betul sebagai satu usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan kepentingan mengitar semula barangan terpakai dan membantu peserta tingkatkan ‘soft skills’ dengan cara memberi hebahan kepada setiap lapisan masyarakat berkenaan kepentingan pelupusan E-Waste.
Pelbagai aktiviti menarik juga telah diadakan seperti senamrobik, Waste2Art (Baju/t-shirt terpakai ke totebag dan kain terpakai ke gelang), permainan USB & Ladders, teka silang kata e-waste dan Pop Quiz E-waste.