Penerangan
16 Jun 2023, SEGAMAT – Pasukan Penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menjalankan siasatan aduan pencemaran sungai di Mukim Sungai Segamat Daerah Segamat susulan aduan awam mengenai sungai berwarna hitam yang disyaki telah tercemar.
Pemeriksaan di lokasi aduan mendapati tiada kesan pencemaran air berwarna hitam dan bacaan pH air sungai adalah normal (pH 6). Rondaan dan pemeriksaan premis juga telah dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Segamat 2 dan tiada punca pencemaran ditemui.
JAS Cawangan Muar akan terus membuat pemantauan bagi memastikan kejadian pencemaran sungai dapat diatasi.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awam.