Penerangan
15 Jun 2023, LABIS – Pasukan Penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menyertai Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis oleh Majlis Daerah Labis. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Antara agensi yang terlibat adalah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Labis, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, Jabatan Imigresen Daerah Segamat dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awam.