Penerangan
14 Jun 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Timur) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang bukan ditetapkan bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati premis tertakhluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)2005, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluent Perindusterian)2009 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih)2014.
Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengingatkan beberapa perkara-perkara berkaitan pematuhan kepada peraturan tersebut.