PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) TERHADAP SEBUAH PREMIS MEMPROSES TANDAN KOSONG KELAPA SAWIT

DOE Johor 27/06/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) TERHADAP SEBUAH PREMIS MEMPROSES TANDAN KOSONG KELAPA SAWIT
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

14 Jun 2023, KOTA TINGGI - Bertindak atas aduan yang diterima, satu siasatan penguatkuasaan telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang ke atas sebuah premis pembuatan yang memproses tandan kosong kelapa sawit yang disyaki membenarkan pelepasan air larut resap (leachate) ke perairan daratan berhampiran dan seterusnya mengalir masuk ke Sungai Mupor, Kota Tinggi Sehubungan dengan itu, tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127 telah dikenakan ke atas premis tersebut bagi tujuan siasatan selanjutnya. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan