PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA DAN AIR

DOE Johor 27/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA DAN AIR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

13 JUN 2023, KULAI - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti "manufacturing chemical" di Kawasan Perindustrian I-Park berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi satu (1) unit penggahar (scrubber), satu (1) unit penapis beg dan dua (2) unit cerobong. Pemeriksaan ke atas satu (1) unit sistem pengolahan efluen perindustrian turut dijalankan dibawah PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat perbezaan pada punca pencemar dan sistem penyaluran di lapangan dengan lukisan kejuruteraan ‘as-built' yang dikemukakan. Pihak premis juga dinasihatkan untuk merekabentuk semula SPEP bagi memastikan efluen perindustrian dapat diolah dengan baik. Tiga "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan penambahbaikan pada rekod pemantauan prestasi, 'as built drawing' dan laporan bergambar bagi kesemua sistem. Premis/perunding diarahkan untuk mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dengan mengambilkira semua penambahbaikan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan