PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 07/07/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN TERHADAP PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

12 Jun 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah Premis Yang Ditetapkan (PYDT) iaitu kilang memproses minyak kelapa sawit mentah di Kota Tinggi, Johor. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis adalah patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKTA 127). Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang memerlukan tindakan pembetulan segera dan penambahbaikan oleh pihak premis. Arahan lapangan bagi tindakan pembetulan telah dikeluarkan kepada premis. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan