PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA

DOE Johor 27/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 JUN 2023, ULU TIRAM - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti "surface treatment" & proses penyaduran di Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi dua (2) unit penggahar (scrubber) & dua (2) unit cerobong. Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat perbezaan pada lokasi alat pemantauan prestasi, lokasi punca pencemaran udara dan sistem penyaluran di lapangan dengan lukisan kejuruteraan ‘as-built'. Beberapa penambahbaikan pada rekod pemantauan prestasi. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan penambahbaikan pada rekod pemantauan prestasi, 'as built drawing' dan laporan bergambar bagi kedua-dua alat kawalan pencemaran udara. Premis/perunding diminta untuk mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dengan mengambilkira semua penambahbaikan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan