Penerangan
Satu lawatan tapak bagi penempatan Stesen Pengawasan Kualiti Udara Manual telah diadakan bagi meneliti kesesuaian tapak cadangan bagi penempatan semula stesen pengawasan kualiti udara manual bertempat di Taman Pudu Ulu, Cheras, W.P. Kuala Lumpur. Lawatan tersebut telah dihadiri pegawai JAS Ibu Pejabat, pegawai JAS W.P. Kuala Lumpur, wakil dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wakil konsesi pihak PSTW.
Tarikh : 26 Jun 2023 (Isnin)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Taman Pudu Ulu, Cheras, W.P. Kuala Lumpur