PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR SELANGOR CAW. SEPANG JUN 2023

DOE Selangor 27/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR SELANGOR CAW. SEPANG JUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH : 5/6/2023 (ISNIN) MASA : 10.00am – 4.00pm LOKASI:
  • SALAK TINGGI
  • KOTA WARISAN
  • BANDAR SERENIA
  • CYBERSOUTH
  • CASA GREEN
  • CYBERJAYA
  • KAW. PERINDUSTRIAN TAMAN MAS
  • KAW PERINDUSTRIAN D’25 MERANTI PUCHONG
  • TAMAN PERINDUSTRIAN PUTRA
  • PULAU MERANTI
  • JLN AYER HITAM
  • TAMAN PERINDUSTRIAN MERANTI JAYA
  • PUTRA PERDANA
  • BANDAR NUSAPUTRA
  • PUCHONG
5 Jun 2023, Sepang -  Aduan diterima melalui E-aduan No ruj : 711505  berkenaan isu pembakaran terbuka di sebuah tapak bina di CASA GREEN Cybersouth. Setibanya di lokasi lebih kurang jam 12.00 tengahari mendapati terdapat sebuah tapak bina yang berhampiran CASA GREEN iaitu pembinaan perumahan pangsapuri Rumah Selangorku Idaman di atas Lot 120760, Cybersouth Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Hasil pemeriksaan mendapati tapak bina ini ditutup oleh kerana cuti umum. Pegawai peronda telah membuka pintu hadapan dan mendapati tapak tersebut bertutup dan tiada pekerja. Semakan mendapati, Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka mahupun kesan pembakaran terbuka di kawasan tersebut.Tinjauan mendapati terdapat beberapa lagi lokasi pembinaan di berhampiran kawasan Cybersouth. Pengadu juga tidak memberi makluman lengkap serta koordinat penuh tentang lokasi kejadian Pembakaran terbuka tersebut dan tidak menyatakan mana mana syarikat ataupun kontraktor yang terlibat. Aduan yang dikemukakan adalah didapati tidak lengkap. Pegawai peronda juga telah menggantung banner larangan pembakaran terbuka di laluan masuk lokasi tersebut sebagai tanda amaran dan kesedaran kepada masyarakat setempat. Pemantauan lanjut akan di jalankan dari masa kesemasa.Rondaan diteruskan di beberapa lokasi tumpuan. Siasatan mendapati lokasi berada dalam keadaan baik. Tiada juga sebarang pembakaran terbuka dilokasi. Kebanyyakan kawasan perindustrian juga didapati tidak beroperasi dan tutup.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan