PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAPORAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DAN OMPT OLEH JAS CAWANGAN SABAK BERNAM

DOE Selangor 27/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DAN OMPT OLEH JAS CAWANGAN SABAK BERNAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH: 5 Jun 2023 (Isnin) MASA   : 10.00 am-4.00 pm LOKASI:
  • Kawasan Perindustrian Bestari Jaya
  • Kawasan Perusahaan Suria
  • Taman Industri Bukit Badong, Bestari Jaya
5 Jun 2023, Sabak Bernam- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah meneruskan pemantauan dalam usaha mencegah kegiatan pembakaran terbuka dan pencemaran alam sekitar. Pasukan penguatkuasaan JAS Negeri Selangor terus menjalankan rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan memantau operasi kilang-kilang yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan sekitar kawasan perindustrian Bestari Jaya, kawasan perusahaan Suria dan Taman Industri Bukit Badong. Tiada pembakaran terbuka dan kesan pembakaran terbuka ditemui semasa rondaan. Program pemantauan dan pencegahan pencemaran akan terus ditingkatkan oleh JAS Negeri Sembilan bagi memastikan kes-kes pencemaran alam sekitar yang tidak diingini dapat dibendung dan dicegah terutamanya pada cuti umum. Pihak JAS Negeri Selangor ingin mengingatkan kepada orang awam dan juga pemilik tanah bahawa melakukan pembakaran terbuka adalah merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2,000.00. Semoga dengan peringatan ini ianya dapat mendidik masyarakat dalam memperkasa dan memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi yang akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan