PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAPORAN SIASATAN ADUAN DAN PEMERIKSAAN OLEH JAS SELANGOR CAW. KAJANG

DOE Selangor 27/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN ADUAN DAN PEMERIKSAAN OLEH JAS SELANGOR CAW. KAJANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH: 8 Jun 2023 MASA: 10.30am - 12.00pm LOKASI: SEKSYEN 4, BANDAR TEKNOLOGI KAJANG 8 Jun 2023, Semenyih - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Caw. Kajang telah menerima aduan berkenaan bau busuk dari kawasan industri berdekatan rumah pengadu. Rondaan disekitar kawasan yg diadu menemui satu premis pembuatan makanan haiwan, setekah pemeriksaan di luar premis dilakukan, tiada unsur yang mencemarkan sungai dikesan. Hasil pemeriksaan mendapati premis memiliki lesen perniagaan MPKJ. Pemeriksaan di sekitar kawasan proses menemui satu set boiler, dua set mesin penghancur dan satu set mesin pembuatan makanan haiwan. Bau yang kurang menyenangkan disyaki dari proses pembuatan memandangkan AKPU yang digunakan disyaki kurang berkesan dan tiada rekod penyelenggaraan. Jarak dari premis ke rumah pengadu anggaran 100meter. Premis didapati belum mengemukakan salinan pemberitahuan bertulis ke atas pemasangan satu set boiler, satu set alat pembakaran bahan api di bahagian proses dan alat kawalan pencemaran udara bagi mengawal bau/habuk yang dipasang kepada Jabatan sepertimana Peraturan 5(b), PPKAS(UB)2014. Hasil siasatan yang dijalankan disyaki aduan yang diterima adalah berasas memandangkan AKPU yang dipasang kurang berkesan bagi kawalan bau. Penahanan operasi ke atas komponen/mesin pembuatan dijalankan dibawah Seksyen 38(a)(1), AKAS 1974 bagi mengawal pencemaran udara yang menyebabkan kacauganggu dan bg tujuan siasatan lanjut. Arahan notis dilapangan dikeluarkan bg pematuhan PPKAS(UB)2014 dengan mengemukakan salinan notifikasi keatas APB dan AKPU yang direkabentuk oleh jurutera profesional serta memastikan pelepasan udara daripada proses mematuhi nilai batas dan kawalan bau sepertimana yg ditetapkan. Wakil premis dikehendaki hadir ke JAS Kajang bagi tujuan perbincangan lanjut dan bagi melengkapkan siasatan. Tempoh 2 minggu diberikan kpd premis mengemukakan tindakan yang diambil kpd JAS Kajang. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap AKAS 1974.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan