TARIKH : 03/06/2023 (SABTU)
MASA : 9.00 am – 5.00 pm
LOKASI:
- LEBUHRAYA KLIA BANTING
- LEBUHRAYA DENGKIL BANTING (32)
- KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI KELAMBU
- BANTING
- JENJAROM
- KAWASAN PERUSAHAAN TELOK PANGLIMA GARANG
- JALAN ENGGANG
- JALAN RAJAWALI
- JALAN KEBUN BATU 9
- KAMPUNG SUNGAI SEDU
- KAMPUNG SUNGAI MANGGIS
- OLAK LEMPIT
- KAMPUNG LABOHAN DAGANG
3 Jun 2023, Sepang– Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di sekitar kawasan sekitar Sepang. Pemerhatian di kawasan rondaan mendapati kebanyakan premis industri beroperasi. Tiada pencemaran dan pelepasan air (efluen) yang mencurigakan ditemui. Rondaan di sekitar kawasan Perindustrian Sungai Kelambu, Banting dan Jejarum mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam ditemui di kawasan yang dironda. Secara keseluruhan keadaan di lokasi yang dironda adalah dalam keadaan baik dan terkawal. Rondaan dan pemantauan dari masa ke semasa akan di pertingkatkan bagi menjamin kelestarian alam sekitar.