PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR BIL 6/2023 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 20/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR BIL 6/2023 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/06/2023
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

19 Jun 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 6/2023 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis-premis yang ditetapkan (PYDT) daripada 14 hingga 15 Jun 2023. Operasi bersepadu ini dianggotai seramai 14 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dimana sebanyak 12 premis telah diperiksa yang membawa kepada 12 Arahan di Lapangan, 18 Tawaran Kompaun , 4 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun, dan 5 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan