Penerangan
LIPIS, 15 Jun 2023 - Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands menjalankan penguatkuasaan terhadap projek lombong emas dan cadangan projek perumahan yang tertakluk EIA.
Tindakan Field Citation telah dikeluarkan kepada penggerak projek bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan yang berkaitan serta syarat-syarat kelulusan EIA.
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek dan premis agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.