Penerangan
KARAK, 15 Jun 2023 - Pasukan Ronda JAS Cawangan Temerloh telah menjalankan siasatan aduan yang diterima dari penduduk di Taman Sri Makmur, Karak. Siasatan anggotan JAS telah mengenalpasti pemilik rumah yang melakukan pembakaran terbuka di lokasi aduan.
Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku juga boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 atau dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.