Penerangan
KUANTAN, 14 Jun 2023 - Sesi kunjungan hormat Pengarah JAS Negeri Pahang kepada YB Dato' Sri Johari bin Harun, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Sesi perbincangan Pengarah JAS Pahang memaklumkan kepada YB EXCO program dirancang serta membincangkan isu - isu semasa alam sekitar yang dapat memberikan impak positif pada ekonomi negeri Pahang seiring dengan pembangunan kelestarian alam sekitar.
Pada akhir sesi kunjungan Pengarah JAS Pahang juga menyerahkan Profil Kualiti Air Sungai Ichat dan Profil Tasik Chini terbitan JAS Pahang.