Penerangan
KUANTAN, 13 Jun 2023 - Pasukan Penguatkuasaan JAS Negeri Pahang telah menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan terhadap premis dan industri di sekitar Daerah Kuantan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati premis gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang tertakluk dibawahnya. Notis Arahan di bawah Seksyen 31 & 37 AKAS 1974 serta arahan di lapangan (FC) telah dikeluarkan bagi premis mengambil tindakan pembaikan segera untuk memastikan pematuhan berterusan.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekeliling.