PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PAMERAN DAN CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DALAM PROGRAM KOMUNITI e-READ (CINTAI ALAM SEKITAR) ANJURAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT PARLIMEN TANGGA BATU

DOE Melaka 20/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN DAN CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DALAM PROGRAM KOMUNITI e-READ (CINTAI ALAM SEKITAR) ANJURAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT PARLIMEN TANGGA BATU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/06/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

19 JUN 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama-sama Jabatan Kemajuan Masyarakat Parlimen Tangga Batu, Melaka telah berkolaborasi dalam menjayakan Program e-READ (Cintai Alam Sekitar) pada 17 Jun 2023 yang lepas bertempat di Kompleks Pusat Sumber Sungai Udang, Melaka. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar dan ceramah berkaitan Pengurusan Sisa Buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) isirumah semasa program tersebut. Peserta program terdiri daripada ahli komuniti Sungai Udang dan kakitangan KEMAS. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Rohaiza binti Ab Aziz, Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (Cawangan Taboh Naning). Bagi menghangatkan suasana dan menguji minda para peserta, kuiz alam sekitar turut diadakan ketika program. Seperti lazimnya program kesedaran alam sekitar yang disertai oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka untuk orang awam serta peserta program. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan