Penerangan
16 JUN 2023, BUKIT BERUANG, MELAKA - Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (KESMA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menganjurkan satu program 'hiking' iaitu “Hiking for Health” yang disertai seramai 20 orang peserta semalam. Program ini dianjurkan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat negeri Melaka yang bertemakan “Beat Plastic Pollution” di Bukit Beruang.
Aktiviti fizikal seumpama ini bertujuan adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental. Kebaikan aktiviti mendaki dapat meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki kesimbangan, koordinasi dan ketangkasan diri serta merapatkan jalinan ukhwah di kalangan peserta.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KESMA2023