Penerangan
16 JUN 2023, MELAKA - Lawatan post-naiktaraf ke perpustakaan Envirodigital @ JASMelaka diketuai oleh Puan Zuraini binti Siam dari Bahagian Komunikasi Strategik JAS Ibu Pejabat melibatkan Seksyen Penerbitan dan Perpustakaan semalam.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan naik taraf perpustakaan JAS Melaka ke EnviroDigital @ JASMelaka. Proses naik taraf melibatkan sokongan dan komitmen JAS kepada proses pendigitalan. Selain itu taklimat berkaitan tatacara pendaftaran bahan bacaan, pengurusan perpustakaan juga telah dibentangkan oleh Pustakawan JAS iaitu Puan Wan Nai'mah binti Wan Awang. Sesi hands-on penggunaan aplikasi “PressReader” juga telah disampaikan kepada pegawai-pegawai JAS Melaka yang hadir.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama