PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Pengurusan JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PENGLIBATAN JAS NEGERI MELAKA DI BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMENTASI ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (ACTC) OLEH MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

DOE Melaka 13/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGLIBATAN JAS NEGERI MELAKA DI BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMENTASI ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (ACTC) OLEH MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/06/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

11 JUN 2023 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput untuk menyertai bengkel bagi penyediaan dokumentasi Anugerah Asean Clean Tourist City Standard (ACTC) yang akan dilengkapkan penyertaan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Diantara komponen bagi anugerah ini adalah berkaitan pengurusan alam sekitar atau environmental management. Diantara aspek utama pengurusan alam sekitar yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka adalah merujuk kepada punca kuasa iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain JAS Negeri Melaka berperanan dalam penguatkuasaan Akta ini, sistem-sistem pemantauan udara, sungai, marin dan pelbagai sistem yang sarat dengan maklumat alam sekitar yang boleh diakses oleh orang awam pada bila-bila masa di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar turut diketengahkan di bengkel ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka mengucapkan terima kasih kepada MBMB diatas usaha memperoleh anugerah ACTC daripada ASEAN melalui MOTAC. Semoga dengan anugerah ini dapat memberi semangat juga kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dalam sama-sama menyumbang kepada pengurusan alam sekitar yang baik dan berkesan di Melaka khususnya di kawasan MBMB. Bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan