PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS PENYERAHAN LESEN PYDT NEGERI MELAKA, PEMBENTANGAN REPORT CARD PYDT DAN SESI LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM MYPREMIS ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DAN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KESMA)

DOE Melaka 08/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYERAHAN LESEN PYDT NEGERI MELAKA, PEMBENTANGAN REPORT CARD PYDT DAN SESI LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM MYPREMIS ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DAN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KESMA)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/06/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

6 JUN 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah berjaya melaksanakan Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (PYDT) negeri Melaka, pembentangan report card PYDT dan sesi latihan penggunaan sistem “MyPremis” bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) peringkat negeri Melaka 2023 pada 30 Mei 2023 yang lalu bertempat di Hotel Kobemas, Melaka. Pembentangan report card PYDT di negeri Melaka telah dibentangkan oleh Encik Janizan bin Abu Kassim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Operasi JAS Negeri Melaka. Selain itu, sesi latihan hands-on penggunaan sistem “MyPremis” berjalan lancar yang dikelolakan oleh Puan Rohaiza binti Ab Aziz, Penolong Pegawai Kawalan (Kanan), JAS Cawangan Taboh Naning, Melaka. Sesi permainan alam sekitar menggunakan aplikasi kahoot dan kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) serta kaunter aduan turut dibuka. Kemuncak majlis adalah sesi penyerahan lesen PYDT yang telah disempurnakan oleh Encik Janizan bin Abu Kassim. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama #KESMA2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan