Penerangan
7 Jun 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang terdiri daripada Jawatankuasa Kerja SMART Selangor Mampan (SSM) Ampang Jaya Bersih Indah Sihat, Jawatankuasa Kerja SSM Ampang Jaya Prihatin Alam Sekitar dan jabatan-jabatan yang berkaitan. Sesi lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kerjasama MPAJ-JAS Negeri Selangor daripada pelbagai aspek berkaitan alam sekitar seperti pengurusan e-waste, isu pembakaran terbuka, kempen pendidikan dan promosi kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. Disamping itu, lawatan ini juga dapat merapatkan hubungan antara agensi serta membantu di dalam penyelarasan gerak kerja berkaitan alam sekitar di kawasan MPAJ khususnya.