Penerangan
8 Jun 2023, Serendah - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Hulu Selangor telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Op Gerak Bil 8/2023 di KM 33, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah.Sejumlah 160 buah kenderaan berenjin diesel telah melalui sekatan jalan raya di sepanjang tempoh operasi berlangsung. Daripada jumlah tersebut, 42 buah kenderaan telah ditahan dan diuji tahap pelepasan asap secara visual dan menggunakan meter asap. Berdasarkan pemeriksaan tersebut sebanyak 1 Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.