Penerangan
10 Jun 2023, Shah Alam - Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) telah mengadakan program pengumpulan e-waste dan Kitar Semula dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar T-Pot Electrical & Electronic Sdn. Bhd.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini telah diadakan di perkarangan parkir TBNSA dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung. Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus mengikut kaedah yang betul.