PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN 'PLASTIC BUSTERS' SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN 'PLASTIC BUSTERS' SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/06/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

SHAH ALAM, 10 Jun 2023 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Taman Botani Negara Shah Alam dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd., Samsung Electronics (M) Sdn. Bhd., AMITA Berjaya Sdn. Bhd. dan Berjaya Eco Services Sdn. Bhd. telah bekerjasama mengadakan Kempen Plastic Busters di Taman Botani Negara Shah Alam. Sejumlah 500 beg kitar semula telah diedarkan kepada pengunjung yang hadir di Taman Botani Negara Shah Alam. Kempen ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dengan tema pada tahun ini ‘Hentikan Pencemaran Plastik’ atau `Beat Plastic Pollution`. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang impak negatif yang disebabkan oleh pencemaran plastik sekali guna, sekaligus mendorong masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan