Penerangan
12 Mei 2023 (Jumaat), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan satu taklimat Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) kepada lebihkurang 200 pelajar dan guru-guru di Daerah Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Taklimat disampaikan oleh Puan Norma binti Abd Razak, Ketua Unit Pendidikan JAS Pulau Pinang dan diadakan di Auditorium A, Paras 5, KOMTAR, Pulau Pinang