SHAH ALAM, 10 Jun 2023 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Taman Botani Negara Shah Alam dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar iaitu Samsung Electronics (M) Sdn. Bhd., AMITA Berjaya Sdn. Bhd., Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Berjaya Eco Services Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program dan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2023, Peringkat Negeri Selangor di Taman Botani Negara Shah Alam. Majlis sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Seramai 200 jemputan telah hadir ke majlis ini yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan wakil agensi-agensi Persekutuan dan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, Industri, pelajar-pelajar IPT dan orang awam. Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun dan tema yang dipilih oleh United Nations Environment Programme (UNEP) pada tahun ini ialah Beat Plastic Pollution atau Hentikan Pencemaran Plastik.
Sempena sambutan WED ini, pelbagai program menarik telah berlangsung di Taman Botani Negara Shah Alam bertemakan “Hentikan Pencemaran Plastik” iaitu:
- Senamrobik
- Fun Arboretum Walk
- Enviro Treasure Hunt
- Aktiviti berbasikal
- Pertandingan Mewarna
- Program Penanaman Pokok “1 RAS 1 POKOK” di Laman Padi
- Program Plastic Busters
- Pameran
- Pengumpulan Bahan Buangan Elektrikal dan Elektronik (E-Waste) dan kitar semula
Program ini telah disertai oleh agensi kerajaan, industri, RAS daripada Institut Pengajian Tinggi dan juga peringkat kanak-kanak serta pengunjung-pengunjung yang berkunjung pada hari tersebut.
JAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam kerjasama menjayakan program-program sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 Peringkat Negeri Selangor.