TARIKH/HARI: 11 Jun 2023 (Ahad)
MASA: 11.00 am - 7.00 pm
LOKASI:
- Kawasan Perindustrian seksyen 14 Sg Pencahal PJ
- Kawasan Perindustrian Kota kemuning
- Kawasan Perindustrian Seksyen 22
- Kawasan Perindustrian Seksyen16
- Kawasan Perindustrian seksyen 23
- Kawasan Perindustrian seksyen 15
Shah Alam, 11 Jun 2023 - Di awal rondaan, pegawai ronda telah mendapat arahan daripada KPPK (Operasi) untuk membuat pemeriksaan susulan kejadian ikan mati di seksyen 14, Sg. Penchala, PJ, Selangor. Ketika sampai di lokasi, pasukan ronda mendapati masih terdapat sisa ikan mati terapung di tepi sungai tersebut. Paras air sungai cetek semasa pemeriksaan dijalankan. Pemantauan diteruskan dengan menyusuri sungai tersebut dan juga kawasan kilang sekitar namun tidak menemui sebarang pelepasan air yang tercemar dan aktiviti premis yang mencurigakan.
Rondaan pemantauan pencemaran diteruskan dengan memfokuskan kepada kawasan perindustrian dan kawasan kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran di shah alam.Pemantauan dijalankan ke atas longkang Premis Dan saluran perparitan awam disekitar kawasan perindustrian mendapati tiada sebarang pencemaran air dikesan. Pemantauan secara visual pada cerobong premis di sekitar kawasan perindustrian mendapati dalam keadaan terkawal, tiada pelepasan asap hitam kelihatan. Tiada sebarang bau yang mengganggu dikawasan premis yang dipantau. Aktiviti dan kesan pembakaran terbuka juga tidak ditemui semasa rondaan. Keseluruhan pemantauan rondaan di kawasan perindustrian Shah Alam berada dalam keadaan baik & terkawal.