PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU SEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI PERLIS

DOE Perlis 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU SEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/06/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

10 JUN 2023, KUALA PERLIS - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis telah berjaya mengadakan Program Pemuliharaan Hutan Bakau Sempena Meraikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 Peringkat Negeri Perlis di Hutan Simpan Pulau Ketam, Kuala Perlis, Perlis. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Puan Norasmah Binti Ab. Rani, Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, En. Zohdi Bin Shihabuddin dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, En. Abdul Ghani Bin Abdul Hamid. Tema Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun ini adalah #Beat Plastic Pollution yang membawa maksud kebersamaan pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran orang ramai di peringkat global bagi mengurangkan kesan akibat pencemaran plastik yang telah memberi impak kepada kesihatan manusia, hidupan liar dan alam sekitar. Program penanaman pokok bakau ini amat bertepatan dengan tema sambutan pada kali ini kerana berjaya mendidik generasi muda untuk memelihara dan memulihara pokok bakau yang berberanan sebagai penapis semulajadi sampah-sarap samada dari daratan atau lautan. Selain dari memerangkap sampah-sarap, hutan bakau juga adalah tempat pembiakan sumber makanan yang terdiri daripada ikan, siput, ketam dan hidupan laut yang lain. Program ini disertai oleh seramai 50 orang pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Diantara aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah senamrobik, pendaftaran sebagai Rakan Alam Sekitar, taklimat pemeliharaan alam sekitar & hutan bakau, penanaman pokok bakau dan seterusnya gotong-royong membersihkan kawan hutan paya bakau. Dianggarkan 95 peratus sampah-sarap yang telah dikutip dalam program ini terdiri daripada plastik dan bahan berasaskan plastik. Betapa besar jumlah plastik yang telah dihasilkan oleh manusia pada hari ini. Sesungguhnya memerangi plastik adalah satu tindakan yang bijak bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi masa depan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis & Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_jun2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan