PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PEMAKLUMAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN YANG DIKENALPASTI SEBAGAI ‘STESEN HOTSPOT’ DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP) PADA 7 JUN 2023

DOE WP Putrajaya 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PEMAKLUMAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN YANG DIKENALPASTI SEBAGAI ‘STESEN HOTSPOT’ DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP) PADA 7 JUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/06/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah mengadakan Mesyuarat Pemakluman Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Yang Dikenalpasti Sebagai ‘Stesen Hotspot’ Di Bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) secara hibrid pada 7 Jun 2023. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Ling Ling Chui, Ketua Penolong Pengarah yang mewakili Pengarah Bahagian Air dan Marin dan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari JAS Negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Mesyuarat turut menjemput Dr. Hii Yii Siang dari Syarikat Pakar Scieno Transwater Sdn. Bhd. (PSTW) untuk membentangkan laporan stesen pengawasan kualiti air marin yang dikenalpasti sebagai ‘Stesen Hotspot’ di bawah EQMP. Tujuan Mesyuarat diadakan adalah untuk memaklumkan JAS Negeri mengenai stesen pengawasan kualiti air marin yang telah dikenalpasti sebagai ‘stesen hotspot’ yang menunjukkan nilai-nilai kemerosotan kualiti air marin di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Hasil Mesyuarat tersebut, JAS Negeri akan mengambil tindakan susulan dengan mengenalpasti punca-punca pencemaran yang berkemungkinan menyebabkan kemerosotan kualiti air marin dan dapat memaklumkan isu pencemaran tersebut untuk perhatian dan tindakan agensi berkaitan dan Kerajaan Negeri masing-masing.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan