22 Mac 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Tengah) telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pencemaran udara dan gangguan kepada persekitaran ke atas sebuah Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Johor Bahru.
Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan premis tertakluk Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.Arahan lapangan dikemukakan bagi mengingatkan pihak industri agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan dikesan.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].