PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEKEMBANGAN PENCEMARAN AIR PUTIH DI KAHANG

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEKEMBANGAN PENCEMARAN AIR PUTIH DI KAHANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 Februari 2023, KAHANG, KLUANG – Satu gerakan operasi bersepadu JAS Cawangan Kluang bersama Pejabat Tanah Daerah Kluang dan Polis Diraja Malaysia berkaitan pencemaran air putih yang disyaki telah dilaksanakan susulan aduan semalam. Tindakan serta merta telah diambil oleh Pejabat Tanah Daerah Kluang dengan mengarahkan pengusaha pasir membaiki kolam takungan mendakan pasir yang pecah akibat hujan serta diberikan amaran keras kepada pengusaha atas kecuaian tersebut supaya lebih peka dan memastikan kejadian ini tidak berulang pada masa akan datang. Kerja-kerja penambakan kolam tangkungan air dari aktiviti perlombongan segera dilaksanakan oleh pihak pengusaha lombong pasir bagi memastikan tidak berlakunya limpahan air kelodak pasir keluar ke kawasan peparitan berdekatan. Pemantauan berterusan akan dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Daerah Kluang bagi menangani isu pencemaran dari lombong pasir ini. Kegagalan pengusaha menangani isu pencemaran ini akan memberi impak permit yang telah diberikan. JAS tidak akan menyokong sebarang aktiviti pembangunan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Tindakan bersepadu bersama agensi membantu menyelesaikan masalah dan dapat ditangani dengan segera bagi pencemaran ini. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan