Penerangan
7 FEBRUARI 2023, TANJUNG LANGSAT – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang Penapisan Gula di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat bagi membincangkan status pematuhan industri kepada keperluan-keperluan alam sekitar dalam mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBrs. Dr Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan turut serta Encik Mohd Rashdan bin Topa, Timbalan Pengarah JAS Negeri Johor serta pegawai-pegawai Unit Perlesenan, Unit Notifikasi dan Cawangan Pasir Gudang.
Lawatan ini adalah untuk melihat sendiri pengoperasian sistem pengolahan efluen perindustrian, di samping untuk memantau perkembangan kerja, pematuhan dan penambahbaikan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.