PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA

DOE Johor 27/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis di Taman Perindustrian Tampoi, berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 untuk dua (2) unit spray booth, satu (1) unit penapis beg serta tiga (3) cerobong. Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati rekod pemantauan prestasi perlu disemak semula berdasarkan operasi sebenar di kilang. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada rekod pemantauan prestasi mengikut rekabentuk dan operasi yang dicadangkan. Premis dan perunding diarahkan mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis setelah semua penambahbaikan dilaksanakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan