Penerangan
Batu Pahat, 2 Februari 2023 : Selaras dengan arus globalisasi, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Batu Pahat telah membuat kelas pemantapan penggunaan Sistem Environmental Mainstreaming Tools (EMAINS) kepada pemain-pemain industri secara ‘personal coach’.
Proses ini sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan pelaporan dihantar dan dikongsi secara maya dengan cepat dan berkesan di platform yang telah diwujudkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Sehubungan itu, pihak industri sekitar Batu Pahat adalah amat digalakkan untuk menghubungi Pejabat JAS Cawangan Batu Pahat di talian 07-4388490/1 bagi mengikuti kelas pemantapan Sistem EMAINS