25 Mei 2023, Bandar Tenggara, Kota Tinggi - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ulangan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Bandar Tenggara, Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Premis telah dikenakan Penahana Operasi Kelengkapan (POK) pada 8 Februari 2023 berikutan aduan awam yang diterima berkenaan kacau ganggu bau dari premis ini. Ini merupakan lawatan pemeriksaan ulangan yang dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan pihak premis patuh kepada arahan POK.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekitar.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].