Penerangan
30 MEI 2023, TANJUNG LANGSAT, PASIR GUDANG - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis berasaskan pembuatan sabun di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi dua (2) unit penapis beg.
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat perbezaan pada komponen peralatan, lokasi alat pemantauan prestasi dan sistem penyaluran di lapangan dengan lukisan kejuruteraan ‘as-build’. Juga terdapat beberapa isu pada data rekod pemantauan prestasi.
Dua "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan penambahbaikan pada rekod pemantauan prestasi, 'as built drawing' dan laporan bergambar bagi kedua-dua alat kawalan pencemaran udara dan air.
Premis/perunding diminta untuk mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dengan mengambilkira semua penambahbaikan.