25 Mei 2023, BATU PAHAT : Pegawai Penguatkuasa JAS Cawangan Batu Pahat telah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap premis pembuatan kertas kotak kerana ttidak mempunyai Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian hingga menyebabkan pelepasan efluen terus ke parit awam tanpa sebarang rawatan.
Pihak premis telah diarahkan menghentikan operasi supaya langkah-langkah pembaikan dijalankan dengan segera bagi mengawal pencemaran yang berlaku.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.