Penerangan
JOHOR BAHRU, 23 Mei 2023 – Satu Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) telah diadakan di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor YANG dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai proses dan pegawai-pegawai Unit Penilaian EIA JAS Negeri Johor serta ahli-ahli EIATRC iaitu wakil Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor), Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) dan Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi cadangan projek ini telah dibincangkan melalui pembentangan dari pihak penggerak projek dan perunding berkenaan maklumat-maklumat berkaitan cadangan projek seperti keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek dan langkah-langkah mitigasinya.
Ulasan-ulasan yang diutarakan oleh ahli-ahli jawatankuasa EIATRC telah diambil maklum oleh JAS Negeri Johor untuk mempertimbangkan kelulusan laporan EIA ini mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.