16 Mei 2023 , Gelang Patah , JOHOR - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB BARAT) telah menjalankan pemeriksaan ke atas loji kumbahan di kawasan sekitar Gelang Patah , Desa Paya Mengkuang dan Tanjung Kupang. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan loji kumbahan adalah patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak premis. Arahan lapangan bagi tindakan pembetulan telah dikeluarkan kepada premis. Tindakan penguatkuasaan dan susulan juga akan dilakukan.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.