PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

16 MEI 2023, KULAI - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis berasaskan perabot di Kawasan Perindustrian Indahpura, Kulai, Johor berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati perbezaan pada komponen peralatan di lapangan dengan lukisan kejuruteraan ‘as-build’ juga pada rekod pemantauan prestasi. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan penambahbaikan pada rekod pemantauan prestasi, 'as built drawing' dan laporan bergambar. Premis/perunding diminta untuk mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dengan mengambilkira semua penambahbaikan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan