Penerangan
10 MEI 2023, Tanjung Langsat - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis berasaskan makanan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Johor berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati semakan dilapangan berbeza dengan lukisan kejuruteraan "as-built", rekod pemantauan prestasi SPEP tidak menetapi garis panduan dan rekabentuk parameter yang rendah daripada sebenar. Premis dan perunding diarahkan mengemukakan semula Akuan Bertulis beserta Laporan IECS terbaru.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan di bawah PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009.