Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN KE ATAS KILANG KELAPA SAWIT DI KLUANG, JOHOR
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 16/06/2023
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
9 Mei 2023, KLUANG - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Kluang telah menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas sebuah kilang kelapa sawit di Kluang bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk pematuhan kepada syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan ini. Arahan lapangan telah dikeluarkan supaya pihak kilang melakukan segera pembaikan yang dapat mencegah berlakunya sebarang pencemaran kepada alam sekeliling.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.