Penerangan
8 Mei 2023, PASIR GUDANG - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis penapisan minyak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Arahan pembaikan telah dikeluarkan kepada premis bagi kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang ditetapkan di bawah Akta tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.