PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN HOTSPOT DAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA JAS JOHOR PADA CUTI HARI PEKERJA

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN HOTSPOT DAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA JAS JOHOR PADA CUTI HARI PEKERJA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

1 MEI 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan siasatan hotspot di kawasan titik panas yang dicerap melalui satelit di sekitar kawasan Sedili Kechil, Kota Tinggi. Selain itu, rondaan dan pemantauan OMPT turut dilakukan oleh pegawai peronda. Pemantauan ini memberi perhatian secara visual kepada lokasi-lokasi berpotensi berlakunya pembakaran terbuka dan pemasangan banner larangan pembakaran terbuka. Pihak industri dan orang awam diminta untuk memberikan kerjasama dengan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka sehingga boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan